
KUALA KANGSAR, 9 Julai (Malaysiaaktif) — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai berkata buat permulaan perkhidmatan tren ETS Gold dibuat dua kali sehari, iaitu satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke – Padang Besar dan dari Padang Besar – Kuala Lumpur.
Tren enam gerak ini boleh memuatkan 312 penumpang dan akan berhenti di semua stesen utama, termasuk Ipoh dan Butterworth.
Perkhidmatan dimulakan esok sempena Sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. dan dijangka mendapat sambutan ramai kerana menjimatkan masa dan selesa.