Skip to main content
HomeViral

1,200 Imam dan Ketua Kampung Ke Mekah Secara Percuma

By 1 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri

PUTRAJAYA, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Kegembiraan jelas terpancar di wajah 1,200 orang yang menerima tajaan menunaikan ibadah haji secara percuma untuk tahun ini.

Ini merupakan tahun kelima Program Khas Yayasan 1MDB sebagai sebahagian dasar tanggungjawab korporat syarikat tersebut.

1MDB akan menanggung sepenuhnya kos sebanyak RM9980 setiap seorang bagi membolehkan para imam dan ketua kampung yang terpilih menunaikan ibadat haji.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir di program tersebut memberi penghargaan kepada Tabung Haji yang memberikan subsidi kepada jemaah haji seluruh negara .

Subsidi yang disumbangkan sebanyak RM7290 berbanding RM17,270 yang perlu dibayar.

Mereka yang dipilih dalam program ini adalah berdasarkan kepada jasa dan peranan di kampung masing-masing

Tahun ini juga mencacatkan peningkatan seramai 200 orang lagi di bawah program berkenaan, menjadikan jumlah yang ditaja seramai 1,200 orang berbanding 1,000 orang pada 2014.

Program ini dimulakan sejak 2011, dan berdasarkan tinjauan, ramai para imam dan ketua kampung masih belum berpeluang menunaikan haji kerana faktor kemampuan dan kekangan kuota haji.

 

Tinggalkan komen anda