Skip to main content
EkonomiHomeViral

Muhyiddin Hadir Mesyuarat Biro Politik Khas UMNO Pagi Tadi

By 7 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Persekutuan menghadiri mesyuarat Biro Politik Khas Umno di Pejabat Perdana Menteri pada pagi Isnin.

Menurut sumber, mesyuarat yang diadakan dua hari sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan pertemuan pada Rabu ini turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie yang juga bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah turut digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi twitternya berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Najib itu berlangsung dalam suasana positif.

Good Biro Politik Umno meeting chaired by @NajibRazak. All senior office bearers in attendance. Positive mood. (Mesyuarat Biro Politik Umno dipengerusikan oleh @NajibRazak. Semua pemegang jawatan kanan hadir. Mood positif,” tulis Khairy.

Surat panggilan mesyuarat khas bertarikh 2 September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu memaklumkan pertemuan berkenaan diadakan bermula 9.30 pagi Isnin.

Mesyuarat itu berakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Tinggalkan komen anda