Skip to main content
HomeViral

Najib: Isteri Menentukan Kejayaan Wakil Rakyat

By 6 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

IPOH, 6 September — Para isteri wakil rakyat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan suami mereka, dengan memberikan galakkan dan sokongan spiritual, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai isteri, mereka menjaga kita dan keluarga. Mereka juga penghibur dan rakan kita.

“Hanya dengan ini kita akan berkesan dan disukai sebagai pemimpin Barisan Nasional,” kata beliau secara berseloroh, sambil menambah bahawa kerana sumbangan para isteri, memang patut permintaan mereka dipertimbangkan dan dipersetujui.

Najib berkata demikian ketika berucap semasa majlis makan malam program tahunan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional semalam.

Bernama memetik Najib berkata bahawa menerusi semangat dan tanggungjawab bersama, ” tiada sebab kita tidak dapat berdepan dengan semua cabaran dan ini yang saya tekankan sebagai kerja berpasukan di antara wakil rakyat dan isteri.”

“Bagi kita ini amat penting kerana apabila isteri-isteri kita memainkan peranan sebegini, ia bermakna pemikiran kita tenang dan tidak berserabut.

“Jika isteri-isteri kita mula buat perangai, kepala kita jadi berserabut dan kita tidak boleh menjadi pemimpin atau wakil rakyat yang baik,” kata beliau.

Najib mengucapkan tahniah kepada kontinjen Sabah kerana menang sebagai juara keseluruhan bagi kali ke-12 berturut-turut.

Majlis dianjurkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri).

 

Tinggalkan komen anda