
PETALING JAYA, 7 Ogos — Jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan pemain-pemainnya melupakan mimpi ngeri di Abu Dhabi dan perlu pandang ke depan menjelang perlawanan keempat Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2018 di Stadium Shah Alam pada Selasa.
Kim Swee yang dilantik menggantikan Dollah Salleh mengakui bukan tugas mudah untuk melakukan perubahan dalam tempoh singkat, tetapi empat hari bersama Harimau Malaya membuatkan beliau dapat memberi apa yang perlu dilakukan.
“Saya percaya pemain-pemain ada ‘improvement’ sejak kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Dan pada saya kami wajar diberi peluang kedua,” jelasnya pada sidang media pengurus oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin.