Skip to main content
HomeViral

Kes Penipuan: Suspek Dikehendaki Polis

By 30 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA SELANGOR, 30 Sept  (Malaysiaaktif) – Polis Selangor kini sedang mengesan seorang suspek bagi siasatan kes penipuan yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM4,999.82.

Suspek dipercayai memperdaya mangsa,  seorang perempuan Melayu  dengan meminta pengadu memasukkan  sejumlah  wang ke  dalam akaun  suspek  dengan tujuan bagi  melindungi identiti kad kredit mangsa daripada dicerobohi.

Suspek  juga  menggunakan taktik dengan  memperdaya mangsa bahawa suspek boleh membantu mangsa menyekat penggunaan kad kredit.  Butir-butir suspek seperti berikut:

Nama : KHOR CHENG KIANG
No.K/P: 710905-02-5365
Alamat : Blok 5-3-10, Jalan 6/127A, Taman Gembira, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur.

Sehungan itu, orang ramai yang mengenali dan menjumpai suspek, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Insp. Beh Poay Long di talian 016-5988723 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor 03-32891222.

 

Tinggalkan komen anda