Skip to main content
HomeViral

Penutupan Di Laluan Lebuhraya MEX

By 30 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Pradeeb Kumar Velayutham

PUTRAJAYA, 30 Sept ¬†(Malaysiaaktif) ‚Äď Maju Expressway akan ¬†menutup lorong ¬†untuk ¬†sementara ¬†waktu bagi ¬†kedua-dua arah ¬†utara dan selatan bermula di KM 10 (Persimpangan Bukit Jalil ¬†hingga KM25 ¬†(Persimpangan Putrajaya Link) ¬†pada Khamis 1 Oktober dari 1.00 pagi hingga 5.00 pagi.

Penutupan  sementara ini  adalah  bagi  memberi  laluan kepada kerja-kerja pelancaran jambatan penghubung untuk Projek Persimpangan Seri Kembangan Bertingkat di KM 15-18.

Penutupan  sementara ini melibatkan laluan di kedua-dua arah lebuhraya dari persimpangan Bukit Jalil ke Persimpangan Putrajaya (arah Selatan) dan dari Persimpangan Putrajaya ke Persimpangan Bukit Jalil (Arah Utara).

Bagi penutupan  arah selatan, trafik  dari arah Bulatan Kampung  Pandan, Salak Selatan dan Kuchai  Lama  akan  dilencongkan  keluar ke  susur  Persimpangan  Bukit Jalil.  Para pengguna  dinasihatkan  menggunakan  jalan alternatif, Lebuhraya  KESAS dan Lebuhraya KL- Seremban untuk ke Putrajaya, KLIA dan Seremban.

Turut terlibat  dalam  penutupan lorong  arah selatan  ini, termasuk  susur masuk Persimpangan Bukit  Jalil dari  arah Sri Petaling.

Bagi penutupan lorong  arah utara pula, kedua-dua susur masuk trafik dari Putrajaya dan KLIA di Lingkaran Putrajaya akan ditutup.  Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif  Lebuhraya SKVE, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Kl-Seremban untuk ke Kuala Lumpur.

Sebarang  pertanyaan mengenai penutupan  jalan MEX , sila  hubungi  MEX  Hotline di  talian 03- 8315 9111.

 

 

Tinggalkan komen anda