
Oleh Salwa Izhar (Langkawi)
LANGKAWI , 28 Sept (Malaysiaaktif) — Pulau Langkawi sekali lagi mendapat pengiktirafan berstatus ‘Geopark’.
Pertama kali Pulau Langkawi mendapat pengiktirafan yang seterusnya membawa kepada penjenamaan sebagai Langkawi Global Geopark ialah pada 1 Jun 2007 apabila tersenarai sebagai Geopark Dunia.
Kejayaan tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli di ‘Air Hangat Village’ di sini hari ini.
Dengan ‘Green Card’ yang dianugerahkan, Pulau Langkawi mengekalkan status dalam rangkaian ‘Global Geopark Network (CGN).’
Pulau Langkawi merupakan lokasi pertama di Asia Tenggara dan yang ke 52 daripada 120 Geopark di 33 negara.
Geopark adalah sebuah kawasan dilindungi undang-undang yang mempunyai pelbagai tapak warisan geologi penting dan indah yang tidak terdapat di kawasan lain.
Justeru, tapak-tapak warisan sebegini merupakan sebahagian daripada konsep berintegrasi yang merangkumi perlindungan, pendidikan dan pembangunan mampan.