Skip to main content
EkonomiHomeViral

Masih Tidak Perlu Tambat Wang Ringgit – Zeti

By 30 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berpendapat tindakan untuk menambat ringgit masih tidak perlu walaupun nilai mata wang itu terus menyusut sejak September 2014.

Beliau berkata langkah tersebut akan memberi kesan kepada faktor ekonomi yang lain.

“Antaranya, ia akan mempengaruhi harga barangan dan pasaran permintaan negara,” katanya ketika berucap di Simposium Global Peringkat Tinggi Malaysia-Pertubuhan Kerjasama Pembangunan Ekonomi (OECD) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak risau berikutan kemungkinan berlakunya aliran keluar bon bernilai RM11 bilion.

β€œIa bukan sesuatu yang membimbangkan kerana institusi kewangan tempatan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji (TH) dijangka mampu tampil menyokong dan membeli semula bon berkenaan,” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa penyusutan semasa mata wang Malaysia adalah satu perkara yang biasa memandangkan lebih daripada 120 mata wang dunia susut berbanding dolar US.

Bagaimanapun, Zeti akan memastikan pihaknya sentiasa peka dalam mengawal pasaran dengan teratur bagi mengelakkan gangguan aktiviti perdagangan dan perniagaan.

 

Tinggalkan komen anda