Skip to main content
EkonomiHomeViral

SC Pulang Wang Mangsa Skim Penipuan Niaga Hadapan Haram

By 10 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur, 10 September 2015 

 

SC Kembalikan Wang Mangsa Skim Penipuan Niaga Hadapan Haram

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memulakan proses restitusi (pengembalian wang) kepada mangsa satu skim penipuan dagangan niaga hadapan haram dengan meminta mereka yang layak menuntut menfailkan notis tuntutan mereka sebelum 5.00 petang, 25 September 2015.

Pada 12 Oktober 2011, pengawal selia tersebut telah menfailkan satu tuntutan sivil terhadap tujuh individu yang dinamakan di bawah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana secara haram telah mendapatkan wang, yang kononnya untuk dilaburkan dalam kontrak-kontrak niaga hadapan:

  1. Ahmad Fauzi bin Ambran (Kad Pengenalan: 770709-08-5605)
  2. Ahmad Nazmi bin Mohamed (Kad Pengenalan: 850521-03-5243)
  3. Mohd Shahrul Firdaus bin Zakaria (Kad Pengenalan: 851220-08-5049)
  4. Mohd Khalid bin Sujud (Kad Pengenalan: 870516-01-5609)
  5. Fakhrul Arif bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 880526-08-6063)
  6. Fakhrul Mukmin bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 840922-08-5891)
  7. Fakhrul Razi bin Ahmad Husni (Kad Pengenalan: 910727-08-6013)

Susulan siasatannya terhadap skim haram ini, SC mendapati bahawa tujuh individu tersebut telah secara haram mendapatkan wang daripada orang awam antara Oktober 2010 dan Jun 2011.  Pada 8 Ogos 2012, satu penghakiman persetujuan telah direkodkan antara individu-individu tersebut dengan pihak SC dan sejumlah RM665,069 akan dikembalikan kepada orang awam yang telah melabur dalam skim haram tersebut.

Mereka yang layak menuntut dikehendaki mengemukakan tuntutan mereka berserta bukti pelaburan kepada pihak SC sebelum jam 5.00 petang pada 25 September 2015.  Butiran lanjut berhubung proses restitusi tersebut boleh didapati di laman sesawang SC di www.sc.com.my/my/claim.

Setelah menerima tuntutan-tuntutan yang berkenaan, pihak SC akan menentukan kadar restitusi berdasarkan jumlah wang yang ada, jumlah pelabur yang terlibat dan jumlah wang yang telah terbukti dilaburkan.  Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai proses restitusi tersebut boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan di talian 03-62048999 atau [email protected].

 

Tinggalkan komen anda