Skip to main content
HomeViral

Pembangunan Sukan Secara Menyeluruh Lahir Pelapis Baru 

By 10 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Sazaki Abd Rahman & Syaiful Harif Adnan

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Malaysiaaktif)  – Kementerian Belia dan Sukan merancang menumpukan kepada aspek pembangunan sukan secara menyeluruh bermula dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat profesional berbanding tumpuan hanya pada peringkat profesional pada hari ini.

Menterinya, Khairy Jamaludin berkata tindakan itu diyakini dapat meningkatkan mutu sukan negara dan memudahkan pihaknya mencari atlet berbakat serta pelapis baru.

Menjawab mengenai insiden membaling suar yang dilakukan oleh Ultra Malaya ketika pasukan Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu beliau berkata tidak salah wujud kumpulan penyokong, tetapi yang salah ialah tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan melanggar peraturan.

Pihaknya juga sedia mendekati kumpulan tersebut bagi mendengar masalah.

Dalam menjawab cadangan peserta lain Kementeriannya sedia memohon peruntukan dari Kementerian Kewangan bagi memberi rebat kepada  belia yang ingin membeli peralatan sukan serta sebagai galakan belia bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengenai Program Fit Malaysia yang diperkenalkannya, Khairy berharap Program tersebut akan diteruskan dan dijadikan program Nasional walau sesiapa pun yang menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Menerusi program Fit Malaysia Kerajaan sasar tingkatkan peratusan rakyat aktif bersukan daripada 30% kepada 65% sesuai dengan tanda aras Negara Maju.

Selain itu beliau turut mendedahkan Malaysia merupakan negara No 1 di Asia tenggara  yang rakyatnya menghidap penyakit yang berpunca dari gaya hidup tidak sihat seperti penyakit obese, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Beliau hadir ke program #tanyagomen anjuran ETP di Menara CIMB KL Sentral bagi menjawab isu dan soalan rakyat berkaitan pembangunan sukan.

 

Tinggalkan komen anda