Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahViral

Sebuah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Baling

By 9 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh : Siti Yusmila Yusof

BALING, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Satu keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di No.74, Kampung Jerai Kupang awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.15 pagi itu, Wan Abdul Aziz Yahaya, 38, berkata beliau dan ahli keluarga tiada di rumah.

“Saya terima panggilan daripada jiran pada kira-kira pukul 12.25 pagi yang memaklumkan rumah saya terbakar,” katanya.

Selepas dimaklumkan, beliau dan tiga orang lagi ahli keluarga yang berada di Taman Anggerik, Batu 42, Baling terus bergegas pulang.

Menurut seorang saksi kejadian, Malik Mad Noh, 45, beliau nampak api sangat marak di rumah mangsa dan terus mengghubungi bomba.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Baling dan Bomba Sukarelawan Kuala Pegang tiba di tempat kejadian, tetapi mereka mendapati kebakaran sukar dikawal kerana tekanan air rendah dan kedudukan pili bomba yang jauh dari lokasi kejadian.

Anggota bomba terpaksa menggunakan air daripada telaga untuk cuba memadamkan kebakaran yang hanya dapat dikawal lebih kurang sejam kemudian.

Kejadian disahkan oleh Balai Polis Kupang dan punca kebakaran sedang disiasat.

 

Tinggalkan komen anda