Skip to main content
Berita TimurHomeKelantanViral

Dua Kanak-kanak Yang Ditemui Sedang Dirawat

By 9 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norfadzlina Ahmad Fadzil  (Gua Musang)

GUA MUSANG, 9 Okt (Malaysiaaktif) — Dua kanak-kanak orang asli yang ditemui hidup berhampiran Pos Tohoi, dijumpai oleh anggota pasukan penyelamat SAR yang terdiri daripada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Gua Musang dengan dibantu oleh dua orang penduduk Kuala Betis.

Mereka ialah Norieen Yakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11.

 

20151009030011 (1)

Miksudiar terlantar tidak bermaya di katil Hospital Gua Musang dengan ditemani keluarga.

 

Kedua-dua kanak-kanak itu ditemui di bawah pokok di Sungai Perias

Mereka sedang dirawat di Hospital Gua Musang dan menurut sumber dalaman, akan dipindahkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan susulan.

Sementara itu, mangsa yang ditemui mati hari ini sudah dikenalpasti sebagai ‘Ika’, berdasarkan gelang dan baju yang dipakai.

Pada petang Khamis, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, turut ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, ditemui pada 3.50 petang.

Beliau berkata rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos, yang ditemui petang Rabu.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli, iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, melarikan diri dari asrama sekolah kerana dikatakan takut dihukum oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, – kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

 

 

Tinggalkan komen anda