Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

83 Pelajar Terima Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan

By 9 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai 83 orang pelajar cemerlang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menerima sumbangan daripada Skim Bantuan Awal IPT.

Mereka terdiri daripada 15 orang pelajar peringkat diploma, 67 pelajar ijazah sarjana muda dan seorang pelajar ijazah kedoktoran (PhD).
Pelajar diploma menerima RM500, ijazah RM1000, ijazah master RM1,500 dan PhD RM2,500.

Bantuan disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan Di Menara Wawasan 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur petang tadi.

Sejak 1 Januari 2015 hingga 30 September 2015 seramai 599 pelajar dari pelbagai peringkat dan jurusan telah menerima bantuan berjumlah lebih RM 428,500.

Yayasan Wilayah Persekutuan akan menyerahkan cek bantuan awal secara ‘one off’ kepada warga Wilayah Persekutuan yang berjaya ditawarkan peluang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS.

Bantuan tersebut diuruskan di bawah Tabung Pendidikan Yayasan Wilayah Persekutuan melalui Skim Bantuan Awal ke IPT.

 

Tinggalkan komen anda