
Oleh Sarah Nur, Hasnol Hadi & Mahrani Mohamad (Kulim)
KULIM, 27 Okt (Malaysiaaktif) — Penduduk dan peniaga di Pasar Baru Lunas meluahkan rasa tidakpuasan hati ekoran dakwaan ketidakprihatinan pihak berkuasa dalam membaik pulih pasar tersebut.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Lunas, Khor Siew Im, pasar ini telah dibina hampir 15 tahun oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) namun, pihak berkuasa tidak mengambil peduli tentang infrastruktur dan keadaan pasar tersebut yang telah teruk.
Beliau berkata, Pasar Baru Lunas tidak mempunyai bekalan air dan elektrik dan kini menjadi tumpuan untuk membuang sampah oleh penduduk setempat.
Khor berkata, walau pun aduan dan liputan media telah dilakukan, namun keadaan ini masih berterusan.
Pasar ini didirikan di atas tanah kerajaan dan peniaga di situ dikenakan bayaran sewa bulanan sebanyak RM150.
Menurut Yusri Bidin, 61, denda kompaun turut dikenakan jika peniaga gagal membayar sewa bulanan walaupun tiada usaha menjaga dan membaikp ulih kawasan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Tinjauan Malaysiaaktif mendapati air bertakung di dalam longkang yang tersumbat dan tandas awam di situ turut tidak berfungsi.
Senurut salah seorang peniaga di sini, pasar ini menjadi sarang maksiat, tempat pembiakan nyamuk Aedes dan laluan haiwan liar berbahaya, seperti ular sawa dan babi hutan.
Masyarakat setempat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.