Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Penduduk Kesal Pasar Baru Lunas Diabaikan Pihak Berkuasa

By 27 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur, Hasnol Hadi  & Mahrani Mohamad (Kulim)

KULIM, 27 Okt (Malaysiaaktif) — Penduduk dan peniaga di Pasar Baru Lunas meluahkan rasa tidakpuasan hati ekoran dakwaan ketidakprihatinan pihak berkuasa dalam membaik pulih pasar tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Lunas, Khor Siew Im, pasar ini telah dibina hampir 15 tahun oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) namun, pihak berkuasa tidak mengambil  peduli tentang infrastruktur dan keadaan pasar tersebut yang telah teruk.

 

20151027042752

engerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Lunas, Khor Siew Im.

 

Beliau berkata, Pasar Baru Lunas tidak mempunyai bekalan air dan elektrik dan kini menjadi tumpuan untuk membuang sampah oleh penduduk setempat.

Khor berkata, walau pun aduan dan liputan media telah dilakukan, namun keadaan ini masih berterusan.

Pasar ini didirikan di atas tanah kerajaan dan peniaga di situ dikenakan bayaran sewa bulanan sebanyak RM150.

 

20151027043032

 

Menurut Yusri Bidin, 61, denda kompaun turut dikenakan jika peniaga gagal membayar sewa bulanan walaupun tiada usaha menjaga dan membaikp ulih kawasan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati air bertakung di dalam longkang yang tersumbat dan  tandas awam di situ turut tidak berfungsi.

Senurut salah seorang peniaga di sini, pasar ini menjadi sarang maksiat, tempat pembiakan nyamuk Aedes dan laluan haiwan liar berbahaya, seperti ular sawa dan babi hutan.

Masyarakat setempat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.

 

20151027043022 (1)

Pasar ini menjadi sarang maksiat, tempat pembiakan nyamuk Aedes dan laluan haiwan liar berbahaya.

 

Tinggalkan komen anda