Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Asing Sisa Pepejal Di Punca Daerah Kulai 2015

By 27 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sam Kong Meng (Kulai)

KULAI, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, Peringkat Daerah Kulai 2015 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Haji Abd Latif Bandi Ahad lepas.

Program yang dilancarkan di Dewan Raya Putra, Bandar Putra ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kulai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulai dan SWCorp.

 

sisa

 

Antara aktivitii sempena program ini, termasuk sesi taklimat Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, taklimat Kaedah Pengkomposan daripada SWCorp Negeri Johor dan taklimat Bandar Bersih dan Pengasingan Sisa Pepejal di punca oleh Pengarah SWCorp Negeri Johor.

Turut diadakan, pameran melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, SWM, SWCorp, PDRM Kulai, UiTM Pasir Gudang,BOMBA,  Low Carbon UTM, dan Kelab Penerbangan FRAS.

Menurut Abdul Latif, kaedah pengasingan sisa pepejal di punca bermula sejak 1 September 2015 bagi mewajibkan semua premis mengasingkan sisa pepejal.

Beliau berkata, ini perlu dilakukan demi masa depan anak-anak dan penampilan  negara bersih, indah dan sejahtera.

 

Tinggalkan komen anda