
Melalui program Pewaris, beberapa kumpulan diwujudkan untuk disalurkan maklumat dan diberi kefahaman supaya maklumat itu boleh disampaikan pula kepada rakan mereka, misalnya menerusi media sosial, katanya pada sidang media selepas majlis penutupan program bersama Pewaris peringkat kebangsaan 2015 di Felda Titi dekat sini, hari ini.
Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias.
Abdul Rahman berkata dengan adanya program ini, lebih ramai generasi muda yang dapat didekati dan berinteraksi dengan pegawai jabatan berkenaan supaya perkara yang benar diketengahkan, bukan yang palsu seperti yang banyak terdapat dalam media sosial hari ini.
“Objektif utama program ini adalah memperkasakan semangat jati diri dan cintakan negara serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan peserta yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang.
“Konsep program Pewaris ini memfokuskan penyertaan peserta daripada pelbagai kaum dengan setiap peserta berpeluang tinggal bersama keluarga angkat dan perlu menjalani setiap aktiviti sepanjang program,” kata Abdul Rahman.
Sementara itu, Jalaluddin berkata program seperti ini secara tidak langsung dapat melatih peserta Pewaris untuk menempuh alam realiti di luar kampus.
Katanya program ini juga merupakan pendekatan positif ke arah mengukuhkan semangat patriotisme, kenegaraan dan cintakan negara di kalangan mahasiswa serta mahasiswi.
Sejumlah 104 peserta dari Universti Putra Malaysia, Institut Latihan Perindustrian Pedas, Rembau, dan Kolej Komuniti Jelebu menyertai program Pewaris selama tiga hari mulai Jumaat lepas.
— BERNAMA