Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Masyarakat Disaran Menjadi Pengikrar Penderma Organ

By 18 Oktober 2015Oktober 19th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zihan Zari (Kuala Muda)

 SEMELING, 18 Okt (Malaysiaaktif) —  Semakin ramai rakyat prihatin akan inisiatif menderma organ berikutan pelaksanaan Pelan Strategik Kesedaran Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Buat masa ini, lebih daripada 300,000 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ, dan ini hanya mencatatkan sekitar satu peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia,  iatu 30 juta orang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye.

 

organ2

 

“Dengan adanya program seperti ini, lebih ramai akan tampil sebagai pengikrar di negeri Kedah, khasnya”, katanya semasa perasmian  Pelancaran Kempen Pendermaan Organ 2015 Peringkat Negeri Kedah di AIMST Universiti di sini.

Menurut beliau, secara spesifik di Malaysia seramai 310,391 orang telah tampil mendaftarkan diri untuk  untuk mendermakan organ atau tisu selepas mereka meninggal dunia. Daripada jumlah tersebut, bilangan pengikrar wanita adalah 175,111 (56.4 peratus dan selebihnya lelaki.

Lee berkata, sejak Januari  hingga September 2015, daripada 20,397 orang pengikrar baharu, pengikrar Melayu mendahului dengan seramai 8,988 (44.1 %), India 5,527 (27.1%), Cina 3,960 (19.4%) dan lain-lain 1,922 (9.4%)”.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 19,000 pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, termasuk mereka yang menghadapi kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru.

Tambahnya lagi, kadar pendermaan organ adalah amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan, dengan catatan sekitar 0.6 pendermaan persejuta penduduk. Ini menjadikan Malaysia antara yang terendah di dunia.

Lee berkata, melalui kempen Jom Bincang, beliau mengajak sukarelawan menyampaikan maklumat  dan berbincang untuk mengatasi salah tanggapan dan menjadikan derma organ satu kebiasaan dan bukan suatu yang janggal atau menakutkan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata dari Januari hingga September lalu,  Jabatan Kesihatan Kedah telah berjaya mendaftarkan seramai 1,097 orang pengikrar daripada 6,478 orang jumlah keseluruhan pengikrar baharu  di seluruh negara.

Katanya,  jumlah penderma organ dan tisu kadaverik selepas kematian adalah seramai 57 orang (Cina 29 orang, India 17 Orang, Melayu 9 orang dan lain-lain 2 orang).

 

Tinggalkan komen anda