Skip to main content
EkonomiHomeViral

Khairuddin, Chang Didakwa Ikut Kanun Keseksaan, Bukan Sosma

By 13 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 13 Oct — Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang Wen Chieh tidak didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) seperti yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan kedua-dua individu berkenaan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Menjelaskan mengenai kekeliruan itu, Mohamed Apandi berkata, Sosma adalah prosedur undang-undang yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes ‘kesalahan keselamatan’.

“Takrif ‘kesalahan keselamatan’ menjelaskan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.

“Apabila Sosma digubal, ‘kesalahan keselamatan’ adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan),” katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini, Selasa.

Pada Isnin, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri mempersoalkan pendakwaan terhadap Khairuddin dan Chang mengikut Sosma adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa.

 

– MS

 

Tinggalkan komen anda