Skip to main content
HomeViral

KTM: Komuter Baharu Sektor Selatan Mula 10 Oktober

By 9 Oktober 2015Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 9 Okt  – KTM  Berhad  melalui   perkhidmatan    KTM  Komuter   ingin  memaklumkan    kepada orang   ramai   bahawa   perkhidmatan     baharu   tren   Shuttle   KTM  Komuter   akan  diperkenalkan     untuk   laluan Seremban   >  Pulau  Sebang/Tampin    >  Gemas   dan   sebaliknya    bermula    pada  10  Oktober   2015   (Sabtu). Perkhidmatan   ini akan menggunakan   laluan  landasan  berkembar   elektrik   di antara  Seremban  –  Gemas secara aktif  dengan kelajuan  di antara  120 kmj -140   kmj.

Perkhidmatan   Shuttle   KTM Komuter   ini  akan  berhenti   di tujuh   (7) stesen  iaitu  Seremban,  Senawang,  Sungai Gadut, Rembau, Pulau Sebang/Tampin,  Batang Melaka dan Gemas. Jarak laluan antara Seremban  > Pulau Sebang/Tampin    > Gemas  adalah   sejauh   102  km  yang   mengambil    masa perjalanan     hanya  38  minit   dari Seremban  ke Pulau Sebang/Tampin   dan hanya satu (1) jam  lima (5) minit  dari Seremban  ke Gemas.

Perkhidmatan    yang   menggunakan    tren   Electric   Multiple    Unit   (EMU);   tiga   (3)  gerabak   menawarkan    59 perkhidmatan    sehari  iaitu  55 perkhidmatan   dari Seremban  > Pulau Sebang/Tampin   > Seremban  dan empat  (4) perkhidmatan    bermula  dari Seremban  > Gemas > Seremban.  Buat permulaan   ini, kekerapan  tren  adalah  setiap

30 minit  pada waktu  puncak dan satu (1) jam  pad a waktu  luar puncak yang akan bermula  seawal jam  5.00 pagi sehingga jam  11.00 malam  setiap  hari.

Kadar  tambang   bagi  perkhidmatan     untuk   sektor   Seremban   –   Pulau  Sebang/Tampin    –   Gemas  adalah  dari serendah   RM1.00  sehingga  RM7.80  bagi  perjalanan   sehala  (dewasa).   KTM  Berhad  turut   menawarkan   tiket konsesi  dengan  tambang   separuh   harga  untuk  Warga  Emas, Orang  Kurang  Upaya  (OKUL  dan  kanak-kanak berumur  di antara  empat  (4) tahun  hingga 12 tahun.

Berikutan   pengenalan   perkhidmatan   Shuttle  KTM Komuter  di sektor  Selatan  ini, perkhidmatan    KTM Komuter akan beroperasi  sehingga  stesen Seremban  sahaja dan penumpang   perlu  membuat   pertukaran   tren  di stesen Seremban  sebelum  meneruskan  perjalanan  ke destinasi  seterusnya.

KTM  Berhad  juga  memohon    kerjasama   orang   ramai   agar  tidak   melakukan   sebarang   aktiviti    yang   boleh mengganggu  operasi  tren  seperti  menceroboh   untuk  melintas  landasan,  membiarkan   ternakan   berkeliaran   di kawasan  laluan  tren,  vandalisrna     dan  melontar   batu  ke arah  tren.  Tindakan  ini  akan  membahayakan    nyawa pelaku sendiri  dan juga pengguna  yang berada di atas tren.  Tambahan  lagi, laluan landasan  berkembar   elektrik ini mempunyai   arus elektrik  ulang alik setinggi  25 ribu kilovolt   (kv).

Maklumat   mengenai  jadual  waktu  tren  dan tam bang bagi perkhidmatan    ini boleh  diperolehi   daripada  laman web  KTM Berhad di www.ktmb.com.my     atau hubungi  1300-88-5862  atau twitter   @ktmkomuter.

Komuter-Sektor-Selatan

 

Tinggalkan komen anda