Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Meraikan Hari Sukan Negara Hingga Ke Malam Di Gelang Patah

By 11 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zahid Othman

JOHOR BAHRU, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Kehangatan sambutan Hari Sukan Negara membara sehingga malam apabila golongan belia di kawasan setempat terus aktif beriadah.

Di Kampung Pok, Gelang Patah, Persatuan Belia Jaya setempat mengambil kesempatan cuti hujung minggu pada Ahad untuk menganjurkan mini karnival sukan belia yang melibatkan acara sukan badminton, sepak takraw dan ping pong.

 

IMG_1925

 

Program turut diraikan oleh belia di Kampung Pasir Putih dengan aktiviti sebelah malam walaupun mereka penat melaksanakan program Hari Sukan Negara pada sebelah siangnya.

Menurut mereka, aktiviti seperti sukan badminton ini memang sering dilakukan oleh masyarakat setempat, tetapi pada hari ini agak istimewa apabila kehadiran dan penglibatan penduduk lebih ramai dan meriah daripada biasa.

 

Tinggalkan komen anda