Skip to main content
Berita TimurHomeKelantanViral

PAS Bukan Platform Kesenangan, Kemewahan – MB Kelantan

By 20 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KELANTAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) — Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan calon yang ingin menyertai PAS bahawa parti itu bukan platform untuk mencari kesenangan dan kemewahan.

Beliau berkata pihaknya sedang mencari individu yang ikhlas berjuang mengikut ajaran islam.

“Kalau kamu mahu mencari kesenangan atau kemewaha, kalau mereka melompat kerana tidak faham atau pergi kepada parti lain untuk cari kesenangan, maka bukan tempatnya di sini,” katanya ketika berucap dalam perasmian Pameran Pendidikan Perdana Al Fateh, Tok Guru dan Mumia, di Kelantan Trade Centre hari ini.

“Kita akan beri kefahaman lebih baik kepada calon akan datang. Sekarang, kita sedang cari maklumat dan melihat untuk cari tokoh yang jujur dan ikhlas untuk berjuang, kalau berlaku juga itu, wallahualam.”

Dalam pada itu, beliau berkata unit perhubungan PAS negeri akan mempertimbangkan pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pemansuhan lafaz taklik yang dipraktikkan di Kelantan.

“Setelah kita lihat apa yang dibuat oleh Almarhum Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah amat baik masa itu, di mana, iaitu pada 2004, kita hanya ada majoriti dua atau satu kerusi.

“Maka, ketika itu, Tok Guru telah memikirkan cara terbaik untuk mengawal, agar parti Islam ini tidak menghadapi masalah lompat parti, dengan melaksanakan bai’ah dan taklik di kalangan calon PAS Kelantan,” katanya.

PAS akan mengkaji semula pelaksanaan itu mengikut kepentingan rakyat dan negeri ini atas nama parti islam.

“Taklik yang dipraktikkan di Kelantan adalah mengikut keperluan masa-masa tertentu.”

Sebelum ini, dua wakil rakyat PAS, iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang dikatakan terikat dengan taklik itu, masing-masing berhijrah ke Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR.

Tindakan Mohd Hatta sebagai wakil rakyat PAS pertama di Kelantan yang menyertai Amanah, telah mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinan dengan isterinya terbubar dengan talak tiga.

 

Tinggalkan komen anda