Skip to main content
HomeViral

Jerebu Rentas Sempadan Tidak Akan Berterusan Hingga Mac 2016

By 20 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Kenyataan Media Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Keadaan jerebu rentas sempadan yang menyelubungi Negara sekarang ini tidak akan berlaku sehingga Mac 2016 walaupun terdapat fenomena El Nino yang akan menyebabkan keadaan lebih kering di rantau ini.

Corak tiupan angin akan mula berubah apabila Negara mengalami musim monsun Timur Laut nanti bermula bulan November di mana angin akan mula bertiup dari arah timur dan tidak lagi akan membawa asap jerebu dari Indonesia ke Negara kita walaupun kebakaran hutan di Indonesia dijangka berterusan sehingga Mac 2016,

Keadaan jerebu yang dialami sekarang adalah disebabkan oleh kehadiran Taufan Koppu dan Taufan Champi di Timur Filipina. Selepas taufan-taufan ini melanda daratan, angin  akan mula berubah dan keadaan jerebu akan beransur pulih selepas 26 Oktober ini.


Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 

Tinggalkan komen anda