Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penduduk Bandar Baharu Juga Meraikan Hari Sukan Negara

By 11 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU,10 Okt (Malaysiaaktif) — Lebih lima ribu orang membanjiri Padang Awam Serdang,Bandar Baharu sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu hari ini.

Selari dengan sambutan serentak di seluruh negara ini, penduduk Bandar Baharu tidak mahu melepaskan peluang mengambil bahagian dalam setiap acara sukan.Acara dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai bersama penglibatan semua agensi dan masyarakat di daerah ini.

20151011010406 (1)

Pelbagai acara sukan diadakan, termasuk fun ride, fun walk permainan futsal,bola jaring,bola keranjang,tarik tali,strong man,peraduan mewarna bagi kanak-kanak, demontrasi wajadiri dan paling menarik, pertandingan Explorace Piala Pegawai Daerah Bandar Baharu yang mendapat sambutan hangat.

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Haji Mohamad Che Nai.

Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan terima kasih kepada Pegawai  Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Poh Swee Yong kerana telah berusaha bersungguh-sungguh   merealisasikan sambutan Hari Sukan Negara hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

 

20151011010406

 

 

Tinggalkan komen anda