
Oleh Amran M. Kamis/Zurina Saad / M.Hairul Bakar (Yan)
YAN , 23 Okt (MalaysiaAktif) — Kampong Kuala Dulang Kechil Yan antara 12 Kampong terpilih bagi ADS1M peringkat negeri Kedah tahun ini.
Persiapan penduduk Kg. Kuala Dulang Kechil sejak menenangi peringkat Daerah amat memberansangkan. Ini ditunjukkan dengan sambutan luar biasa dari penduduk kampung dalam menyambut kunjungan panel penilai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Kedah ke kampong mereka.
Kg. Kuala Dulang Kechil terpilih sebagai pemenang ADS1M di peringkat daerah Yan baru – baru ini.
Pelbagai aktiviti diadakan, seperti pameran oleh agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN serta jamuan rakyat yang diadakan secara gotong-royong oleh penduduk Kg. Kuala Dulang Kechil sendiri.
Bagi menunjukkan penglibatan menyeluruh penduduk kampung, pelbagai pertandingan turut dijalankan, antaranya Pertandingan Sukaneka Rakyat, Mewarna kanak-kanak dan Mengacau Bubur Asyura.
Pegawai KEMAS Yan, Mohd Hanafi Abdul Mutalib berkata ADS1M adalah salah satu peluang bagi JKKK terpilih untuk memajukan masyarakat luar bandar agar penduduk kampung dapat merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi mengetengahkan identiti kampung itu sendiri.
Tambah beliau lagi, KEDA turut memainkan peranan dalam memberikan sejumlah peruntukan untuk JKKK mengerakkan beberapa program agar sama-sama memeriahkan sesi penilaian ini.
Kg Kuala Dulang Kechil antara kampung yang amat aktif dalam Mukim Dulang dan pernah memenangi beberapa pertandingan di peringkat daerah dan negeri sebelum ini. Antara pencapaian Kg. Kuala Dulang Kecil ialah memenangi Anugerah Desa Cemerlang peringkat Daerah Yan 2012, Anugerah Pintu Gerbang anjuran JAPEN Kedah bagi 2015 dan perlbagai lagi.
Beliau berharap Kg. Kuala Dulang Kechil dapat menjadi contoh kepada kampung – kampung lain di sekitar daerah Yan. Beliau juga menambah, antara keunikan dan daya penarik KKDK ialah perkhidmatan Sport Fishing yang diusahakan oleh nelayan-nelayan KKDK.