Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Peluang Kenali Terengganu Pada Pesona Terengganu.

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Malaysiaaktif) — Warga Lembah Klang berpeluang mengenali Negeri Terengganu dengan lebih mendalam pada Pesona Terengganu yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selama lima hari bermula 29 Oktober ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu itu akan menonjolkan segala produk yang terdapat di negeri ini, seperti pelancongan, keusahawanan, pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan sumber manusia serta kejayaan Terengganu pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Che Mansor Che Kerma berkata, pengunjung ke Pesona Terengganu berpeluang melihat produk negeri ini melalui aktiviti yang disediakan, seperti Trade show, Consumer Show, Terengganu Kitchen, persembahan artis Terengganu, Forum Hal Ehwal Islam dan pelbagai aktiviti lain.

Katanya, selain itu pelbagai acara lain diselitkan, termasuk majlis menandatangani memorandum persefahaman antara usahawan Terengganu dengan syarikat yang ternama dan majlis perasmian Sektariat Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Program yang julung kali diadakan ini dijangka menarik kira-kira100,000 pengunjung dan penganjurannya diharap dapat memperkenalkan Terengganu secara agresif sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Terengganu 2017.

Beliau berkata kerajaan Negeri Terengganu juga bercadang untuk mengadakan Pesona Terengganu di Johor  Bahru dan di utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan merasmikan Pesona Terengganu 29 Oktober ini pada pukul 8.30 malam.

Tinggalkan komen anda