Skip to main content
Sabah

Struktur Semula Gaji Kakitangan Awam, Turunkan GST

By 23 Oktober 2015Oktober 24th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Oktober 2015 (Malaysiaaktif) – Pembentangan Bajet 2016 yang akan diperdengarkan kepada seluruh rakyat di negara ini tentunya suatu yang amat dinantikan. Fokus utama ialah tindakan kerajaan untuk membantu rakyat yang berhadapan kos hidup semakin meningkat.

Rizal Mohamad,  seorang kakitangan swasta berkata tidak salah jika kerajaan mengurangkan kadar GST 6% kepada 3% sebagai langkah mengurangkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini. Beliau berkata ia ketara ini memberi pelbagai masalah kepada rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Seorang responden daripada kalangan kakitangan awam berpendapat perlu ada semakan semula gaji kakitangan awam kerana beban tugas hari ini tidak setimpal dengan gaji yang diperoleh.

Temu ramah oleh Malaysiaaktif di sekitar Kota Kinabalu mendapati rakyat inginkan suatu yang boleh membantu meringankan beban kehidupan. Kakitangan Universiti Malaysia Sabah, Suhaimi Ahmad berharap kerajaan dapat mbuat semakan terhadap 252 skim perkhidmatan awam bagi mengurangkan beban hidup seharian.

Selain itu, terdapat juga yang menyuarakan supaya pembelian rumah secara sewa beli supaya  diperluaskan ke Sabah, selain saranan supaya cukai rokok dikurangkan kerana sekarang sudah ada rokok elektronik. Mereka juga meminta supaya bekalan elektrik di Daerah Sandakan dipertingkatkan serta peruntukan keusahawanan disalurkan dengan segera tanpa dibelenggu birokrasi.

Reaksi responden di sini rata-rata menunjukkan bahawa rakyat inginkan suatu pembaharuan dalam ekonomi eegara, terutama dalam aspek kebajikan dan kepentingan sosial agar tekanan kehidupan dapat diredakan dan seterusnya memberi dorongan untuk terus berusaha demi sebuah kehidupan yang lebih baik dan selesa.

 

Tinggalkan komen anda