Skip to main content
EkonomiHomeViral

PM: Jika Ada Salah Laku, Tindakan Tegas  Akan Diambil

By 21 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat menyelesaikan isu aliran tunainya jika pelan rasionalisasi dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan pelbagai alternatif telah diambil kerajaan dalam menangani isu itu, termasuk mengurangkan hutangnya menerusi pelan tersebut.

“Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia akan membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunai,” katanya pada Forum Transformasi Global, di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Najib memberi jaminan bahawa pihak berwajid akan membuat siasatan terhadap golongan yang terlibat dengan salah laku.

“Kita perlu menunggu hasil siasatan, dan jika ada bukti salah laku, saya akan memastikan bahawa tindakan paling tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab.

“Ada banyak siasatan dilakukan, termasuk di Malaysia, yang saya sendiri arahkan.”

Sebelum ini,  1MDB memaklumkan mereka berjaya menjual lebih RM1 bilion nilai tanah di Tun Razak Exchange tahun ini.

Bidaan terikat akan diterima daripada pembida domestik dan antarabangsa yang disenarai pendek bagi kedua-dua Edra Energy dan Bandar Malaysia yang akan dibuat pada Disember 2015.

Syarikat itu mengesahkan transaksi itu berjaya memenuhi kriteria perkhidmatan dan pembayaran faedah kepada peminjam dalam dan luar negara.

 

Tinggalkan komen anda