Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penduduk Di Daerah Kulim Terkesan Jerebu

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur (Kulim)

KULIM, 21 Okt (Malaysiaaktif) — Jerebu yang kuat turut menjejaskan tahap kesihatan dan aktiviti seharian sesetengah penduduk di daerah Kulim.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini mencatatkan kualiti tidak sihat, 143.

Seorang penduduk, Osman Baharom, 61 berkata beliau turut mengalami pedih mata dan sakit tekak ekoran keadaan ini.

Seorang lagi penduduk, Wan Rizal Wan Abd Aziz, 29, pula mencadangkan Pejabat Kesihatan setempat atau mana-mana pihak berkuasa yang terlibat agar mengedarkan topeng muka kepada orang awam secara percuma.

Ketika tinjauan Malaysiaaktif di sekitar Pasar Basah Kulim dan Taman Tasik Putra Kulim, tahap penglihatan didapati  berada pada tahap sangat tidak memuaskan dan kualiti udara di persekitaran tempat tersebut berbau asap.

Walau bagaimanapun, peniaga dan orang awam masih mengunjungi tempat tersebut tanpa memakai topeng muka.

 

Tinggalkan komen anda