Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahViral

Polis Kulim Selesai Kes Samun Dalam 24 Jam

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sarah Nur Saad (Kulim)

KULIM, 22 OKT (MalaysiaAktif) – ‘Geng Taman Mutiara’ akhirnya tertumpas dengan tangkapan dua lelaki Melayu pada 18 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Haji Abdullah Arshad berkata tangkapan dibuat di Sungai Kob bersamaan rampasan beberapa rangka motosikal yang dipercayai daripada beberapa buah kenderaan yang dicuri.

Berikutan soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku mencuri kenderaan tersebut.

 

FB_IMG_1445429831329

 

Menurut beliau kes samun membabitkan anggota geng berkenaan berjaya diselesaikan dalam masa 24 jam.

Sementara itu, polis juga berjaya menyelesaikan kes kedua yang melibatkan samun berkawan di Taman Aman dan Taman Berjaya, di mana dua lelaki India ditangkap bersama rampasan beberapa jenis barang, termasuk sebuah motosikal.

Abdullah memberitahu demikian dalam satu sidang media di Balai Polis Kulim semalam.

 

Tinggalkan komen anda