Skip to main content
HomeViral

KPN: Memiliki Senjata Tiruan Memang Satu Kesalahan

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) — Memiliki senjata tiruan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1960.

Ini ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengingatkan bahawa pemilikan senjata api tiruan tetap menjadi kesalahan walaupun tujuannya untuk menembak cicak.

Komen beliau merujuk kepada penahanan bekas vokalis kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad (Amir) yang ditahan awal pagi semalam kerana dipercayai memiliki senjata api.

Amir yang juga peserta program Gegar Vaganza 2 ditahan apabila didapati memiliki sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan ‘Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Namun Amir telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada pukul 5 petang hari sama.

Khalid ditemui selepas menghadiri Pelancaran Program United Against Terrorism: Cross Boundary Collaboration oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamididi Hotel Seri Pacific pagi ini.

 

Tinggalkan komen anda