Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bajet 2016: Penduduk Kemaman Harap Lebih Utamakan Rakyat

By 22 Oktober 2015Oktober 24th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN , 22 Okt (Malaysiaaktif)  — Bajet 2016 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, pada petang ini  adalah detik yang ditunggu oleh semua lapisan masyarakat . Penduduk di Kemaman mengharapkan banyak berita gembira yang memberi impak dan manfaat kepada mereka.

Kakitangan Awam, Fadzilah Mahmud, 53, berharap bajet kali ini akan dilihat membela kakitangan awam yang kini dalam dilema berdepan kemelut kenaikan harga barang.

Roby Ramly, 43, yang bekerja sendiri berharap agar Bajet 2016 mementingkan kebajikan masyarakat, khasnya rumah mampu milik. Golongan belia pada masa sekarang rata-rata masih tinggal bersama keluarga dan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang tinggi. Juga, harga minyak yang tinggi serta peranan penjual yang menaikkan harga barang amat membebankan rakyat.

Pesara kerajaan, Dahanan bin Daie, 68, juga mengharapkan berita gembira untuk golongan sepertinya. Beliau berkata jika kerajaan membuat penyelarasan gaji untuk kakitangan awam , golongan pesara akan juga menikmati tempiasnya. Beliau turut menyarankan agar isu  kenaikan tol dapat diperjelaskan kerana ia membebankan rakyat. Tidak dilupakan, bonus kepada pesara masih perlu diteruskan bagi menghargai golongan ini.

 

Tinggalkan komen anda