Skip to main content
HomeViral

Tengku Adnan Rasmi Program Keluarga Angkat YKB

By 1 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Malaysiaaktif) – “Jangan jadi duri dalam daging, jangan jadi gunting dalam lipatan. Nasihat saya, jika dia fikir pembangkang lebih baik dia pergilah ikut pembangkang, ” demikianlah kata Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan tindakan Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, yang hadir pada majlis pelancaran pakatan baharu minggu lalu.

Tengku Adnan yang juga Menteri Kementerian Wilayah ditemui ketika merasmikan program Keluarga Angkat Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) bersama badan bukan kerajaan (NGO) 2015/2016 di Menara DBKL pagi tadi.

Program tersebut memberi fokus membantu anak-anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pusat perlindungan wanita Wilayah Persekutuan.

YKB juga mengambil 33 buah rumah kebajikan sebagai keluarga angkat yang akan dibahagikan kepada NGO atau sukarelawan bagi jaminan pengurusan yang lebih sempurna.

YKB akan bekerjasama dengan sukarelawan bagi mengadakan aktiviti gotong royong, sesi mengajar tuisyen, pembelajaran iqra, kelas muzik, dan kelas agama.

Pada majlis yang sama, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan turut menyumbang lebih RM900, 000 kepada sekolah agama terpilih di sekitar Wilayah Persekutuan.

 

Tinggalkan komen anda