Skip to main content
HomeViral

Zahid Gesa Duta China Jelaskan Kenyataanya Jalan Petaling

By 1 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang memberi penjelasan berkaitan kenyataannya yang dikeluarkan ketika melawat Jalan Petaling tempoh hari.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan persetujuan anggota mesyuarat cabinet yang dipengerusinya semalam.

“Wisma Putra cuma ingin meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya itu telah disalah tafsir atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara di ibu pejabatnya, Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan Wisma Putra akan menasihat Dr Huang supaya tidak mencampuri hal pentadbiran politik negara sekiranya mendapati beliau membuat kenyataan seperti yang dilaporkan media.

Hal itu tertulis dalam Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Jika Duta Besar China menyatakan kenyataan beliau disalah tafsir, Wisma Putra akan meminta beliau untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara sebenar berlaku.”

“Walaupun duta China telah mengeluarkan beberapa kenyataan di surat khabar Mandarin, tetapi pendirian jemaah menteri dan Wisma Putra supaya kenyataan rasmi perlu dikeluarkan oleh duta China itu supaya persepsi lawatan itu dapat diperbetulkan,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut menghargai hubungan baik dengan China terutama sumbangan Duta Negara itu yang dilihat banyak memberi maanfaat kepada negara.

“Dr Huang juga merupakan seorang daripada Duta Besar China yang terbaik yang pernah dihantar berkhidmat di Malaysia. Saya menghargai sumbangan beliau bagi mengeratkan hubungan baik antara Malaysia-China,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Luar Negara, Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan kerajaan menjemput Duta China itu ke Wisma Putra adalah prosedur biasa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula menggesa kerajaan supaya tidak terlalu menjaga hati negara besar sehingga dianggap hilang maruah ekoran campur tangan Dr. Huang Huikang berkenaan hal ehwal negara.

 

Tinggalkan komen anda