
Oleh Diyana Zamri
PUTRAJAYA, 20 OKT (MALAYSIAAKTIF) — Pelajar institut kemahiran tempatan diminta meningkatkan usaha bagi mengangkat kemampuan belia negara sebagai jaguh antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kemampuan dan kemahiran penuntut institut tempatan sudah terbukti di peringkat kebangsaan, maka langkah seterusnya adalah untuk melakarkan kejayaan di peringkat antarabangsa.
“Jangan jadi jaguh kampung lagi. Kita akan jadi jaguh antarabangsa apabila tiba di Abu Dhabi nanti,” kata Zahid. Abu Dhabi merupakan tuan rumah untuk Pertandingan World Skills yang akan diadakan pada 2017 nanti.
Kejayaan yang dilakarkan oleh Airul Firham Che Amran di Pertandingan World Skills Sao Paulo, Brazil baru-baru ini membuktikan kebolehan belia tempatan di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat pingat gangsa bagi bidang mendandan rambut dan seterusnya menyumbang kepada pingat pertama untuk Malaysia dalam sejarah penyertaan di Pertandingan World Skills.
Zahid berkata, walaupun bukan mudah untuk memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa, beliau yakin kemahiran penuntut institut kemahiran serta perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membimbing Generasi-Y dan Generasi-Z agar benar-benar hebat di peringkat antarabangsa akan membolehkan ia menjadi kenyataan.
Kata-kata beliau, pagi tadi, disambut sorakan lebih 1,000 tetamu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ketika menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2015 anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2015 tersebut dimenangi oleh pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang dalam bidang Information Network Cabling,Mohammad Tarmizi Abu Hassan, 22 tahun,