Skip to main content
HomeViral

KPT Beri Insentif, Hargai Kejayaan Atlet

By 20 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 20 Okt (Malaysiaaktif) — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini meraikan kemenangan atlet-atlet IPT dengan memberikan insentif kemenangan kepada 196 atlet yang telah meraih pencapaian membanggakan di tiga kejohanan universiti.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berharap pencapaian para atlet tersebut dapat diteruskan pada temasya-temasya akan datang, terutamanya menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Singapura.

“Pemberian insentif kemenangan sukan ini adalah sebagai menghargai pengorbanan atlet IPT yang telah mewakili dan mengharumkan nama negara di tiga kejohanan peringkat antarabangsa yang berlangsung pada 2014 dan 2015,” katanya ketika berucap dalam Majis Anugerah Kecemerlangan Sukan IPT 2015 di Putrajaya hari ini.

 

20151020025607 (1)

 

“Saya berharap dengan pemberian insentif ini, atlet akan lebih bermotivasi terutamanya dalam merealisisasikan matlamat bergelar juara pada temasya AUG di Singapura nanti.”

Pemenang insentif terbanyak bernilai RM 6,000 diberikan kepada atlet memanah compound wanita negara, Saritha Cham dari Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala atlet renang negara, Khoo Chain Lin dari Taylor’s University membawa pulang RM 4,250.

Saritha sempat merakamkan penghargaan kepada KPT dan turut memaklumkan beliau akan terus berusaha untuk meraih kemenangan pada kejohanan akan datang.

“Saya sangat berterima kasih kepada KPT atas pemberian insentif ini. Pada mulanya saya tidak menyangka bahawa saya penerima tertinggi,” kata Saritha selepas menerima insentif tersebut.

“Selepas ini saya akan teruskan latihan, terutama dalam menghadapi kejohanan utama, seperti Kejohanan Asia pada tahun hadapan.”

Sejumlah RM 300,00 diperuntukkan oleh KPT sebagai modal insetif untuk para atlet sebagai  penghargaan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

 

Tinggalkan komen anda