
Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)
MELAKA 2 Nov (Malaysiaaktif) — Sebanyak 11 buah rumah di Kampung Gadek Dalam dinaiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.
Menurut Polis banjir yang berlaku adalah kerana limpahan dari Sungai Melaka yang tidak mampu menampung kapasiti air terlalu banyak. Ketika kejadian hanya tiga buah rumah berpenguni.
Paras air terkini adalah 19.4 meter, iaitu hampir mencecah paras berbahaya 20.0 meter.
Seramai tiga orang anggota polis dari Balai Polis Gadek berada di lokasi untuk memantau keadaan.
Setakat ini tiada sebarang arahan berpindah dikeluarkan.