Skip to main content
Berita TempatanJohor

Karnival Jom Sihat Untuk Kesedaran Jaga Kesihatan

By 3 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

MUAR, 30 Okt (Malaysiaaktif) —  Karnival Jom Sihat anjuran Pusat Maklumat Kesihatan berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival ini, termasuk Pertandingan Kucing Comel, Pertandingan Memberus Gigi Kanak-Kanak, Pertandingan Mewarna Warga Veteran.

Beberapa agensi turut mengadakan pameran, antaranya Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pejabat Kesihatan, HELWA,  KPJ serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Menurut Pengarah Pusat Maklumat Kesihatan, Dr. Rashidi Abd Salam, ini kali kedua karnival ini diadakan dan ia mendapat sambutan daripada pengunjung.

Beliau berkata, karnival ini bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Karnival dirasmikan oleh Datuk Ashari Hj Sarip yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Hj. Ibrahim.

 

Tinggalkan komen anda