Skip to main content
Berita TempatanJohor

Pelancaran Kospen KRT Kg. Kolam Air Panas

By 3 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 31 Okt (Malaysiaaktif) — Majlis Pelancaran Kospen KRT Kg. Kolam Air Panas, Mukim Sg. Balang Bersama Klinik Kesihatan Seri Menanti, Muar diadakan pada 31 Oktober 2015 bertempat di perkarangan Rumah Kolam Air Panas .

Program merupakan kerjasama antara KRT, Pejabat Perpaduan Daerah dan Klinik Kesihatan Seri Menanti, Muar.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk, Jalan Kaki 10 Ribu langkah, pameran kesihatan dan saringan kesihatan.

Dalam ucapannya, ADUN Sg. Balang, Zaiton Hj Ismail, mengingatkan masyarakat agar terus menjadikan aktiviti  kesihatan sebagai amalan dan keutamaan.

Beliau berkata masalah kesihatan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira muda atau tua. Justeru semua anggota masyarakat perlu menitikberatkan soal kesihatan dan menjaga kesihatan sama ada kepada diri, rumah dan persekitaran.

Mengenai denggi, beliau mengingatkan bahawa aedes boleh membiak di air jernih juga. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua anggota masyarakat agar lebih prihatin dan mengambil berat dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Pameran kesihatan dan saringan kesihatan juga disediakan untuk masyarakat mendapat maklumat dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

 

Tinggalkan komen anda