Skip to main content
Berita TempatanKedah

Banjir Disebabkan Kolam Takungan Air Tidak Dijaga

By 3 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad & Mahrani Mohamad (Kulim)

KULIM, 3 Nov (Malaysiaaktif) — Hampir semua penduduk di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini terkesan oleh banjir semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Nazri Mohd Nor, 49, hampir 14 buah rumah di tenggelami air.

Beliau berkata, sepasang warga emas Abd Rahman Ahmad,78 dan Che Jam Long, 69 telah dipindahkan.

 

20151103002022

 

Menurut anak mangsa, Mohd Khairi Abd Rahman, 34, beliau telah memohon rumah Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA) untuk meringankan beban ibu bapanya.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati punca terjadinya banjir kilat ini adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tersumbat.

 

20151103002031 (3)

 

Menurut seorang penduduk, Mahadi Zakaria, 56, banjir di sini disebabkan oleh kolam takungan air yang tidak dijaga dan mengakibatkan air hujan melimpah.

Beliau berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat jadual berkala untuk membersihkan kawasan kolam yang kini dipenuhi dengan semak samun.

Banjir kilat ini menyebabkan banyak kerosakan selain menjejaskan aktiviti seharian penduduk.

 

Tinggalkan komen anda