Skip to main content
Berita TempatanJohor

Kerajaan Sasar Setengah Juta Ahli Rakan Alam Sekitar

By 10 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

LEDANG, 10 Nov (Malaysiaaktif) — Β Sejak pelancaran Rakan Alam Sekitar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009, seramai 236,834 ahli telah mendaftar dalam program tersebut di seluruh negara.

Timbalam Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Hamim Samuri berkata kementerian menyasarkan keahlian seramai setengah juta orang di seluruh negara menjelang 2016.

Menurut beliau, penubuhan Rakan Alam Sekitar adalah usaha kementerian di peringkat kebangsaan bagi mencetuskan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar.

Selain itu, beliau berkata Rakan Alam Sekitar juga dapat membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti mereka yang melakukan pencemaran dan merosakkan alam sekitar supaya tindakan dapat diambil.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor di sini pada Sabtu lepas.

Pelbagai aktiviti, termasuk senamrobik, pertandingan mengutip sampah terberat, pameran dan lain-lain yang diadakan menarik lebih 1,000 orang pengunjung ke majlis ini.

 

Tinggalkan komen anda