
Oleh Ahmad Faiz Mansur (Georgetown)
GEORGETOWN, 1 Nov (Malaysiaaktif) — Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama Pusat Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) serta doktor perubatan dari Hospital Lam Wah Ee mengadakan khidmat komuniti kepada pesakit diebetis di sekitar Jalan Makloom, di sini hari ini.
Seramai 25 orang pesakit diabetes turut serta di dalam program yang berlangsung selama enam minggu setiap hari daripada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari bermula 27 September lepas.
Salah seorang peserta, Mohd Farouk Shaik Mohamad, 68, yang juga Pengerusi K1M Jalan Makloom berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak USM dan Hospital Lam Wah Ee kerana banyak membantu pesakit diebetis di kawasan ini.
Ujar beliau lagi, banyak perubahan berlaku dalam rutin kehidupan sehariannya selepas menyertai program sebegini.
Beliau turut menyarankan agar program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan tentang penyakit diebetis kepada masyarakat setempat.