Skip to main content
Berita TempatanHomePulau PinangViral

Khidmat Komuniti Percuma Bantu Kurangkan Derita Pesakit Diebetis

By 1 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Faiz Mansur (Georgetown)

GEORGETOWN, 1 Nov (Malaysiaaktif)  — Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama  Pusat Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) serta doktor perubatan dari Hospital Lam Wah Ee mengadakan khidmat komuniti kepada pesakit diebetis di sekitar Jalan Makloom, di sini hari ini.

Seramai 25 orang pesakit diabetes turut serta di dalam  program yang berlangsung selama enam minggu setiap hari daripada pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari bermula 27 September lepas.

 

20151101184803

 

Salah seorang peserta, Mohd Farouk Shaik Mohamad, 68, yang juga Pengerusi K1M Jalan Makloom berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pihak USM dan Hospital Lam Wah Ee kerana banyak membantu pesakit diebetis di kawasan ini.

Ujar beliau lagi, banyak perubahan berlaku dalam rutin kehidupan sehariannya selepas menyertai program sebegini.

Beliau turut menyarankan agar program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi kesedaran serta pengetahuan tentang penyakit diebetis kepada masyarakat setempat.

 

20151101184803 (3)

 

Tinggalkan komen anda