
Oleh Amran M.Kamis/ M. Hairul/Zurina Saad (Yan)
YAN, 31 Okt (Malaysiaaktif) — Jelajah Program Mesra Rakyat Siri ke 6 anjuran Kerajaan Negeri Kedah berpaksi “Pemimpin Dan Rakyat Berpisah Tiada,” kini berada di Daerah Yan.
Pelbagai acara diatur sepanjang program dua hari yang bermula 31 November dan berakhir pada 1 November.
Program ini menyaksikan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Kedah, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukriz Tun Mahathir serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menyentuh suara hati rakyat luar bandar.
Antara acara menarik, termasuk Sarapan Pagi Rakyat bersama Menteri Besar di Medan Selera Sungai Yan, Sesi Motivasi Pelajar-Pelajar SPM bersama Menteri Besar di SMK Agama Yan, Jamuan Tengahari bersama Rakyat di Batas Ubi sambil menikmati daging rusa.
Pada sebelah petang pula Mukhriz bersama anggota RELA bagi pemakaian pangkat di Dewan Permatang Keling.
Program berakhir dengan penyampaian sumbangan oleh Menteri Besar kepada keluarga angkat di Permatang Setar.
Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Daerah Yan, Haji Ismail Abu Bakar berkata program ini diadakan bagi mendekatkan kepimpinan negeri dengan rakyat.
Menurut beliau, dengan adanya program ini kepimpinan negeri dapat mendengar rintihan dan keluh resah rakyat dibawah.
Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Fatimah Abdullah, 73 tahun melahirkan rasa syukur dan gembira diatas kehadiran Menteri Besar, yang sanggup turun padang untuk bersama rakyat.
Manakala seorang lagi wargaemas, Hashim Yaakob, 65 tahun, juga berasa terharu dengan kesudiaan Mukhriz ke kampong mereka, Batas Ubi dan seterusnya makan tengahari bersama