Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

KM52.4 Lebuhraya KL-Karak Dijangka Tutup Hingga Sabtu

By 13 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BENTONG, 13 Nov — Semua lorong di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka ditutup sehingga Sabtu ini bagi kerja-kerja pembersihan banjir lumpur.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan cuaca dan pengesahan pakar cerun.

“Sekiranya berlaku banjir lumpur kali kedua, kami terpaksa lanjutkan tempoh penutupan lebuh raya berkenaan. Penutupan dibuat sehingga kerja-kerja pembersihan diselesaikan sepenuhnya,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mansor berharap semua pengguna jalan raya dapat bersabar dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan. Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Kejadian itu menyebabkan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Tinggalkan komen anda