
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS 2015 Parlimen Batu Pahat bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang dan DUN Penggaram diadakan pada Ahad lepas.
Majlis diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi untuk tabika/taska kawasan DUN Rengit dan DUN Penggaram sekitar pukul 10.00 pagi.
Majlis disempurnakan oleh Haji Jaafar Hashim yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Sesi pukul 4.00 petang menyaksikan konvokesyen untuk tabika/taska kawasan DUN Senggarang yang disempurnkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang , A. Aziz Ismail.
Hampir seribu orang tetamu terdiri daripada ,murid-murid tabika serta taska dan ibu bapa hadir ke majlis yang diadakan di Summit Parade.