Skip to main content
Berita TempatanJohor

Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS 2015 Parlimen Batu Pahat

By 12 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 11 Nov (Malaysiaaktif) — Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS 2015 Parlimen Batu Pahat bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang  dan DUN Penggaram diadakan pada Ahad lepas.

Majlis diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi untuk tabika/taska kawasan DUN Rengit dan DUN Penggaram sekitar pukul 10.00 pagi.

12188036_1156520797709442_9141520660893823050_o

Majlis disempurnakan oleh Haji Jaafar Hashim yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Sesi pukul 4.00 petang menyaksikan konvokesyen untuk tabika/taska kawasan DUN Senggarang yang disempurnkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang , A. Aziz Ismail.

Hampir seribu orang tetamu terdiri daripada ,murid-murid tabika serta taska dan ibu bapa hadir ke majlis yang diadakan di Summit  Parade.

 

Tinggalkan komen anda