
Oleh Mohd Zahairi bin Ahmad Zabidi (Mersing)
MERSING, 12 Nov (Malaysiaaktif) — Warga Felda Tenggaroh 5 menyambut Hari Peneroka 2015 pada Selasa lepas.
Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk yang menarik bagi kanak-kanak dan warga emas peneroka asal Felda Tenggaroh 5, seperti sukaneka, pertandingan khemah/bangsal paling cantik, pertandingan memasak dan acara kemuncak, iaitu pertandingan “panjat tiang licin” yang menawarkan hadiah lumayan kepada yang berjaya sampai ke puncak.
Hari Peneroka 2015 diadakan sebagai penghargaan kerajaan kepada para peneroka yang gigih dan rajin dalam bidang perladangan kelapa sawit sejak dari zaman awal.
Majlis yang berlangsung di Padang Awam Felda Tenggaroh 5 itu disempurnakan oleh EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap Ahli DEwan Undangan Negeri Kawasan Endau.