
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 12 Nov (Malaysiaaktif) — Khabar angin yang menyatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat pada penghujung bulan ini dinafikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Saya tak tahu. Siapa yang kata? Kamu dengar je. Itu sekadar desas-desus. Kamu tunggu je la, kata beliau.”
Pemecatan pemimpin nombor dua parti itu didakwa akan dilakukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum Perhimpunan UMNO yang bakal berlangsung pada 8 hingga 12 Disember hadapan.
Sementara itu, ura-ura dikatakan seramai tujuh ahli UMNO yang akan disiasat oleh sebab mengkritik Perdana Menteri turut dinafikannya.
“Dahulu saya kata tujuh tapi barangkali kini mungkin tujuh atau mungkin lebih,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi 2015 di Putrajaya petang tadi.